...........................................................................................................



ABOUT ME


Assalamualaikum dan Hai! Saya Hidayah Maaris, seorang gadis melayu yang sukakan dunia penulisan terutamanya penulisan yang ada pengisian dan penulisan kreatif.

Terkini, saya menjalankan perkhidmatan servis menulis dengan menjadi penulis upahan atau ghoswriter. Antara servis yang saya tawarkan adalah dengan menulis ulasan produk, menulis kandungan blog, menulis artikel dan menghasilkan manuskrip buku. Selain itu, saya juga merupakan seorang penulis novel dan seorang bibliophile.


Sehingga kini, saya telah menulis dua buah novel berbahasa melayu di bawah Penerbitan Fajar Pakeer dengan menggunakan nama pena Hana Norisa. Tajuk novel yang telah saya tulis adalah Versi Cinta Kita (2015) dan Cik Kembar Encik Tunang (2016).




Mempunyai ijazah dalam bidang pemakanan, bekerja di bidang penjagaan kulit, seorang bibliophile dan merupakan seorang penulis memberi kelebihan pada saya untuk menulis artikel niche kesihatan, kecantikan dan buku, namun perkara tersebut tidak menghalang saya untuk cuba meneroka niche yang lain.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan servis menulis dari saya, saya boleh dihubungi melalui link di bawah.


Jika anda sukakan cara penulisan saya, jangan segan untuk tekan butang follower dan ikuti saya di facebook dan instagram. Tak sabar rasanya nak berhubung dengan anda. Let’s connect!
  

No comments:

Post a Comment

...

Naracards Korea-Seoul Set