...........................................................................................................



Sunday, March 1, 2020

RESEPI | Korean Street Food | Yachae Hoettok 야채호떡



Hoettok! Salah satu Korean Street Food yang saya nak cuba makan di Korea tempohari tapi tak berani kerana meragui status kehalalannya. Maklumlah, risau sikit dengan bahan dan cara penyediaannya. Tapi... jangan risau! Dengar kata kalau nak makan Korean Street Food boleh pergi Manis Kitchen di Itaewon. 

Saya bukannya tidak mahu ke Itaewon cuma ada kekangan waktu ketika itu. Yelah, jadual kami ke Korea lebih kepada Jeju. Jadinya, tak melawat banyak tempat pun di Seoul. 😄 Untuk yang bukan Muslim, Hoettok ni boleh didapati di Namdaemun Market ya. 

Masa tengah google resepi hoettok ni, terjumpa pula versi hoettok sayur. Biasanya hoettok ni rasanya manis. Jadi, bila nampak ada hoettok sayur, macam menarik aje. Jadi, saya pun teringin mahu mencubanya. Sedap jugak.

Dekat bawah, saya kongsikan resepi yang saya jumpa di youtube (Sumber: Maangchi Channel). Kalau rasa nak cuba dan kongsikan resepi ini, silakan  

*Bahan-bahan:* Bilangan adunan - 9


Untuk kulit/doh:

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 paket (2 sudu teh) yis kering
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 2 cawan tepung serbaguna

Untuk inti:

  • 85 gram glass noodle (dangmyeon)
Cara lembutkan dangmyeon - Masukkan dangmyeon dalam air yang mendidih dan biarkan dangmyeon lembut (6 hingga 8 minit). Tapis dangmyeon dan bilas di bawah air sejuk yang mengalir. Potong dalam 1 cm panjang menggunakan gunting.
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 85 gram daun kucai (potong kecil)
  • 85 gram lobak (dipotong dadu halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu halus)
  • Minyak masak

Cara membuat doh:

  1. Campur air suam, gula, dan yis kering dalam mangkuk besar dan kacau sehingga campuran berbuih. Tambah garam dan minyak. Gaul sehingga adunan rata.
  2. Masukkan tepung dan kacau selama 1 minit dengan sudu kayu sehingga doh kelihatan licin. Tutup dan rehatkan doh sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal (1 jam). Setelah itu, uli doh untuk membuang buih gas dalam doh.
  3. Tutup dan biarkan doh mengembang (30 minit).

Cara menyediakan inti:

  1. Panaskan kuali leper bersama minyak masak. Masukkan dangmyeon dan kacau selama satu minit. Masukkan kicap, gula, dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga dangmyeon kelihatan berkilat.
  2. Masukkan lobak, bawang dan daun kucai. Kemudian, tambahkan minyak bijan dan gaul sehingga rata.

Jom masak!

  1. Masukkan satu cawan minyak ke dalam kuali leper dan panaskan minyak.
  2. Bahagikan doh tersebut kepada lapan bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkannya di tapak tangan. Letakkan inti di tengah adunan dan kelim doh tersebut. Ulangi langkah ini untuk kesemua lapan bahagian doh yang telah dibahagi tadi.
  3. Letakkan doh tersebut ke dalam kuali leper. Masukkan dulu bahagian yang telah dikelim. Biarkan selama 30 saat.
  4. Terbalikkan hoettok dan tekan hoettok sehingga bentuknya menipis dan menjadi cakera bulat bersaiz 10 cm.
  5. Biarkan hoettok masak selama beberapa minit. Terus membalik-balikkan hoettok sehingga menjadi coklat keemasan.
  6. Hidangkan dalam keadaan panas. Boleh dimakan bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment

...

Naracards Korea-Seoul Set