Thursday, October 3, 2019

REVIEW | Shop and Earn Yuk!


Masa Hana layari youtube baru-baru ni, Hana terjumpa iklan ShopBack. Ala, iklan Ucop tu. Menarik dan tertarik dibuatnya. Jadi, jari-jemari Hana ni pun sangat ringan muat turun apps tersebut. Bukannya apa, tak salahkan kalau kita boleh membeli belah dan dapat cashback pada masa yang sama. Bak kata orang putih, Spend and Earn. 

Kalau korang nak tahu, ShopBack menawarkan cashback sehingga 7% untuk setiap pembelian yang di buat melalui apps mereka. Untung kan? Kita keluarkan duit untuk membeli-belah dan dapat cashback. 

Oh ya, mesti korang tertanya-tanya, macam mana Hana boleh terjebak dengan apps ni kan? 

Okay! Alkisahnya...

Hana ni bukan jenis orang yang suka buat belian atas talian. Kebelakangan ni, rajin pula tangan ni nak buka Shopee. Mungkin kerana kekangan masa nak pergi membeli-belah untuk persiapan melancong? 

Sedang asyik skrol Shopee, Hana ternampak satu selfie stick ni. Warnanya cantik. Awesome and I love it! Mungkin juga itu cuma ilusi pencahayaan tapi Hana sanggup merelakan diri ditipu dan diperdayakan oleh gambar tersebut. Mungkin juga kerana fungsinya? 







Harganya pula RM85 tapi di Shopee, harganya cuma RM49. Lepas tolak coin, hasil peraman Shake dan Catch Shopee sempena 9.9 tempohari, lagi murah jadinya. 

Lagi menarik, Hana dapat cashback sebanyak RM0.32. Cuba bayangkan kalau Hana beli lagi banyak barang, mesti lagi banyak cashback dapat, kan? 

Menarikkan? Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Kalau korang memang suka sangat buat belian atas talian, masa nilah korang kena daftar akaun dengan ShopBack. Biar setiap pembelian atas talian korang ada pulangannya. 

Korang boleh daftar guna link [SINI] sebab nanti korang boleh dapat RM5 untuk pendaftaran korang. Best kan?

p/s: Hana tengah tunggu barang yang Hana pesan ni sampai. Tak sabar rasanya nak gunakannya. Semoga barang tu selamat sampai tanpa ada cacat cela. Malaslah nak tunggu refund kalau ada isu. He~

No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<