Tuesday, October 15, 2019

LIFE| Seminar #Imej360



Masa Hana mula berjinak-jinak dengan dunia #Ghostwriter, Hana diminta untuk cari niche yang paling kena dengan Hana. Puas jugak fikir. Bagai nak pecah otak dibuatnya tapi Hana gigihkan juga berfikir. 

Pada mulanya, Hana terfikir nak berkongsi dengan pembaca tentang dunia penulisan. Macam mana nak menjadi penulis, macam mana nak hasilkan buku sampai jadi tapi bila difikirkan balik, novel Hana pun baru dua buah, mana mungkin layak nak berkongsikan dengan orang tentang dunia penulisan.

Fikir punya fikir, Hana terfikir pula nak berkongsi dengan pembaca tentang penjagaan kulit atau lebih dikenali sebagai skincare. Sebabnya, Hana yakin ramai yang belum tahu tentang cara penjagaan kulit yang betul. 

Dan...

Selain berkongsi, Hana juga boleh tambahkan ilmu pengetahuan Hana dalam bidang penjagaan kulit memandangkan itu bidang kerja Hana sekarang. Jadi, Hana ambil peluang dan kesempatan ini tambah ilmu. Sedang asyik buat kajian terjumpa pula page Puan Mary. Rupanya Hana dah lama follow Puan Mary ni. Cuma disebabkan Hana kurang berfacebook, Hana tak tahu sangat perkembangan terkini Puan Mary.

Masa Hana jumpa page Puan Mary, Puan Mary baru nak buka pendaftaran untuk Seminar Imej360: The New You. Menarikkan topiknya? Rasa macam terusik pula dengan tajuk itu. Hana nekad! Hana nak juga menjadi orang yang baru pada tahun 2020. Nak jadi orang yang berketerampilan menarik dan berkeyakinan. 
.
Hana pun gigihlah buat kajian tentang seminar yang satu ni. Antara tajuk yang beliau bentangkan adalah seperti dalam gambar dibawah.


Topik yang dibentangkan


5 Oktober hari tu, tercegatlah Hana dekat TSR Conference Hall bersama satu niat iaitu untuk belajar tentang The New You. Hana pergi ke sana seorang diri, tidak berteman memandangkan kawan rapat Hana semuanya sibuk pada tarikh tu. 

Peserta mula mendaftar

Hana tak suka selfie tapi Hana belanja selfie satu.

Bukan senang  tau Hana nak hadiri seminar atau kelas secara sendirian. Hana ni seorang yang introvert. Jadi, Hana kurang selesa berhadapan dengan orang yang Hana tak kenal. Tapi itulah, Hana sendiri tak sangka yang Hana sudah lakukannya! It's all about our mindset! Tada, I met a new friend! Ramai lagi cuma ini saja gambar yang Hana ada. 

Ifah and me

Sepanjang menghadiri seminar beliau, Hana bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk ke seminar itu. Banyak input yang Hana dapat dari Puan Mary. Beliau banyak kongsikan pengetahuan dan pengalaman beliau sepanjang menjadi perunding imej yang bertauliah. Oh ya, Puan Mary bukan pengasas Mary Kay tau. Persamaan Puan Mary dan Mary Kay hanyalah pada nama Mary itu sahaja. Jadi, jangan tersilap.


Suasana seminar. Seminar untuk wanita

Suasana seminar. Seminar untuk wanita

Buku nota Seminar Imej360 dan buku nota #CikHana

Beg saguhati

Andai diizinkan, Hana nak sertai lagi Seminar Imej360 tahun depan. Pergi dengan penuh keyakinan Jom pergi sama-sama yuk!

Yang melaporkan!



No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<