...........................................................................................................



Sunday, September 29, 2019

TRIP KOREA | Persiapan Ke Korea #1

Sunday, September 29, 2019 0 Comments
Fuh! Fuh! [Baca: Tiup Habuk] Annyeonghaseyo!
Lama rasanya saya tak kemaskini blog istimewa ni, berhabuk dah dibuatnya. Almaklumlah, kekangan idea dan kesibukan masa sikit. Insya-Allah, saya akan lebih kerap buat hantaran selepas ni. Doakan saya ya. ^^
Baru-baru ni, saya dan kawan ke Korea Tourism Organization (KTO) yang terletak di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Memandangkan saya akan ke sana bulan Oktober ni, waktu inilah paling sesuai untuk pergi tebus buku kupon diskaun tu. 
Sebelum pergi ke sana, pastikan anda semua rujuk laman web atau Facebook KTO. KTO tidak beroperasi pada Cuti Umum. Jadi, janganlah ke sana waktu cuti umum ya. Penat kaki tu melangkah. 
Sumber: Google
KTO ni memang antara tempat wajib anda pergi kalau anda nak melawat dan melancong ke Korea. Ini adalah kerana KTO menyediakan banyak maklumat yang anda kena tahu sebelum terbang ke sana. Yelah, bukan senang kita dapat ke Korea. Jadi, kita nak kena buat persediaan selengkapnya untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar.


Sebelum KTO, pastikan anda isi survey dekat [SINI]. Lepas isi survey ini, anda boleh tebus kupon diskaun untuk sesetengah tempat di Korea terutamanya di Seoul. Dapatlah murah sikit kan! Yang penting, boleh dapat Kad T-Money percuma. Cuma tinggal nak re-load duit sahaja.  
Buku Kupon yang sudah ditebus
[Info] Hanya orang Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sahaja yang boleh tebus buku kupon diskaun ni tau. KTO Malaysia untuk Malaysian.


Nak pergi KTO ni sangat senang. Anda boleh terus pergi dengan menaiki kereta atau kalau nak elakkan jem, naiklah pengangkutan awam seperti kami. Masa kami pergi, kami turun dekat Dang Wangi. Kena jalan dalam 10 minit untuk sampai ke KTO. Dalam perjalanan tu, baru tahu KTO lagi dekat kalau naik monorel Bukit Nenas. Makna kata, turunlah di Bukit Nenas kalau anda nak ke Menara Hap Seng menggunakan pengangkutan awam.
Sampai KTO, kami terus ke kaunter pendaftaran/pertanyaan untuk tebus buku kupon diskaun. Anda cuma perlu sediakan nombor survey (lepas isi survey atas talian, akan dapat satu email untuk nombor survey). Simpan dalam telefon pintar. Tak perlu rajin sangat pergi mencetak sebab pihak KTO takkan simpan sebarang salinan. Be paperless. 
Ramai yang datang untuk tebus buku kupon dan bertanya
Usai sahaja kami tebus buku kupon diskaun, kami jalan-jalan dalam KTO. Ada banyak sudut info yang kami jumpa, antara sudut yang ada adalah sudut mencuba hanbok. Semua hanbok yang ada di situ sangat cantik tapi kami tak cuba pun, segan sebab masa tu ramai sangat pengunjung KTO.
 
Tak perasan dekat siling KTO ada artwork ni

Bila dah perasan, sibuk nak asyik tangkap gambar di sini.

Sementara menunggu waktu berlalu, kita membaca dulu

Sudut Ilmu

Korea, Kami datang

Selesai sesi penebusan dan sesi bergambar, tibalah masa untuk kami pergi membeli-belah pulak. Nak kena pergi cari trench coat ataupun winter coat memandangkan kami akan ke Korea pada musim luruh. Kata orang yang pernah pergi ke sana, kena ada sekurang-kurangnya satu winter coat atau trench coat. Jadi, inilah pilihan saya. 
Cuba teka berapa harganya? Saya beli dekat Bandoru Store Batu Tiga Shah Alam. Murah sangat. Cuma RM70 - preloved. Bukan coat ni je murah tau, semua yang ada dekat Bandoru ni murah-murah. Berbaloi sangat untuk kita beli memandangkan kita ni jarang ke negara bermusim. Nanti lepas balik dari Korea, boleh jual preloved semula. Jimat. 
Pilihanku

Alhamdulillah. Tebus buku kupon pun sudah. Membeli-belah pun sudah. Tinggal nak kemas luggage untuk ke sana je. I'm so nervous. 

Okeylah. Panjang sangat dah hantaran kali ni. Ada masa, saya muat naik pengalaman kami di sana nanti.

Terima kasih sudi baca hantaran panjang ni. 

Wednesday, September 18, 2019

[GW] GHOSTWRITER! Apa tu #GhostWriter? .

Wednesday, September 18, 2019 0 Comments
Cik Dayah tahu ramai yang tertanya-tanya, ade ke orang yang perlukan khidmat #ghoswriter ni dekat Malaysia? Siapa je yang nak guna khidmat #ghostwriter ni?

Secara amnya, ada lima kumpulan yang kerap menggunakan perkhidmatan penulis hantu ini iaitu:

1. Orang bisnes
2. Selebriti
3. Ahli politik
4. Pakar bidang dan ilmuan
5. Organisasi

Kebiasaannya, mereka mempunyai bahan dan maklumat tetapi mereka tidak mempunyai masa untuk menulis. Mereka juga kurang mahir menyusun maklumat kepada ayat yang mudah untuk dibaca.

Sekiranya kita boleh menulis, membaca dan menyusun ayat, itu modal pertama menjadi #ghostwriter.

Jom sertai KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR UPAHMENULIS.COM untuk tahu banyak info termasuklah:


1. Cara menjadi #GhostWriter
2. Macam mana nak pasarkan diri anda pada orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawarkan
3. Sebut harga untuk setiap khidmat yang kita tawarkan
4. Dan macam-macam lagi.






Klik [sini] untuk lebih maklumat tentang KELAS ONLINE GHOSWRITER.



✔️Follow Facebook Cik Dayah di Hidayah Maaris dan set 'SEE FIRST' supaya tak tertinggal info, ilmu dan tips yang lebih mahal.

...

Naracards Korea-Seoul Set