Tuesday, October 15, 2019

LIFE| Seminar #Imej360



Masa Hana mula berjinak-jinak dengan dunia #Ghostwriter, Hana diminta untuk cari niche yang paling kena dengan Hana. Puas jugak fikir. Bagai nak pecah otak dibuatnya tapi Hana gigihkan juga berfikir. 

Pada mulanya, Hana terfikir nak berkongsi dengan pembaca tentang dunia penulisan. Macam mana nak menjadi penulis, macam mana nak hasilkan buku sampai jadi tapi bila difikirkan balik, novel Hana pun baru dua buah, mana mungkin layak nak berkongsikan dengan orang tentang dunia penulisan.

Fikir punya fikir, Hana terfikir pula nak berkongsi dengan pembaca tentang penjagaan kulit atau lebih dikenali sebagai skincare. Sebabnya, Hana yakin ramai yang belum tahu tentang cara penjagaan kulit yang betul. 

Dan...

Selain berkongsi, Hana juga boleh tambahkan ilmu pengetahuan Hana dalam bidang penjagaan kulit memandangkan itu bidang kerja Hana sekarang. Jadi, Hana ambil peluang dan kesempatan ini tambah ilmu. Sedang asyik buat kajian terjumpa pula page Puan Mary. Rupanya Hana dah lama follow Puan Mary ni. Cuma disebabkan Hana kurang berfacebook, Hana tak tahu sangat perkembangan terkini Puan Mary.

Masa Hana jumpa page Puan Mary, Puan Mary baru nak buka pendaftaran untuk Seminar Imej360: The New You. Menarikkan topiknya? Rasa macam terusik pula dengan tajuk itu. Hana nekad! Hana nak juga menjadi orang yang baru pada tahun 2020. Nak jadi orang yang berketerampilan menarik dan berkeyakinan. 
.
Hana pun gigihlah buat kajian tentang seminar yang satu ni. Antara tajuk yang beliau bentangkan adalah seperti dalam gambar dibawah.


Topik yang dibentangkan


5 Oktober hari tu, tercegatlah Hana dekat TSR Conference Hall bersama satu niat iaitu untuk belajar tentang The New You. Hana pergi ke sana seorang diri, tidak berteman memandangkan kawan rapat Hana semuanya sibuk pada tarikh tu. 

Peserta mula mendaftar

Hana tak suka selfie tapi Hana belanja selfie satu.

Bukan senang  tau Hana nak hadiri seminar atau kelas secara sendirian. Hana ni seorang yang introvert. Jadi, Hana kurang selesa berhadapan dengan orang yang Hana tak kenal. Tapi itulah, Hana sendiri tak sangka yang Hana sudah lakukannya! It's all about our mindset! Tada, I met a new friend! Ramai lagi cuma ini saja gambar yang Hana ada. 

Ifah and me

Sepanjang menghadiri seminar beliau, Hana bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk ke seminar itu. Banyak input yang Hana dapat dari Puan Mary. Beliau banyak kongsikan pengetahuan dan pengalaman beliau sepanjang menjadi perunding imej yang bertauliah. Oh ya, Puan Mary bukan pengasas Mary Kay tau. Persamaan Puan Mary dan Mary Kay hanyalah pada nama Mary itu sahaja. Jadi, jangan tersilap.


Suasana seminar. Seminar untuk wanita

Suasana seminar. Seminar untuk wanita

Buku nota Seminar Imej360 dan buku nota #CikHana

Beg saguhati

Andai diizinkan, Hana nak sertai lagi Seminar Imej360 tahun depan. Pergi dengan penuh keyakinan Jom pergi sama-sama yuk!

Yang melaporkan!



Sunday, October 13, 2019

LIFE | Company Dinner 2019



Baru-baru ni, tempat kerja Hana mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan. Untuk tahun ni, temanya sangat classy iaitu At Night at The Guardian Oscars. Ala-ala Grammy Awards gitu. Untuk pengetahuan anda semua, majlis makan malam ini diadakan di Sunway Resort and Spa yang terletak di Bandar Sunway.

Bila diingatkan semula, majlis kali ni adalah majlis kedua yang Hana hadiri setelah tiga tahun berkhidmat dengan Guardian. Tahun lepas, Hana tak pergi sebab tiba-tiba MC. Disebabkan hal itu, Hana terus rasa teruja. Mujurlah majlis makan malam tahunan syarikat pada tahun ini diadakan sebelum trip Hana ke Korea. Kalau tidak, tak dapatlah Hana nak merasa ke majlis makan malam tahunan ni. 


Menu Untuk Mengisi Perut

Bunga-bunga Guardian

Let us win the night

Carpet Merah

Orang kata penantian satu penyeksaan, kami kata sementara menanti tangkap gambar sekeping

Gelap bukan halangan nak tangkap gambar

Malificent

Smile and click!
Camera spotted!

Yang melaporkan, 



Thursday, October 3, 2019

REVIEW | Shop and Earn Yuk!


Masa Hana layari youtube baru-baru ni, Hana terjumpa iklan ShopBack. Ala, iklan Ucop tu. Menarik dan tertarik dibuatnya. Jadi, jari-jemari Hana ni pun sangat ringan muat turun apps tersebut. Bukannya apa, tak salahkan kalau kita boleh membeli belah dan dapat cashback pada masa yang sama. Bak kata orang putih, Spend and Earn. 

Kalau korang nak tahu, ShopBack menawarkan cashback sehingga 7% untuk setiap pembelian yang di buat melalui apps mereka. Untung kan? Kita keluarkan duit untuk membeli-belah dan dapat cashback. 

Oh ya, mesti korang tertanya-tanya, macam mana Hana boleh terjebak dengan apps ni kan? 

Okay! Alkisahnya...

Hana ni bukan jenis orang yang suka buat belian atas talian. Kebelakangan ni, rajin pula tangan ni nak buka Shopee. Mungkin kerana kekangan masa nak pergi membeli-belah untuk persiapan melancong? 

Sedang asyik skrol Shopee, Hana ternampak satu selfie stick ni. Warnanya cantik. Awesome and I love it! Mungkin juga itu cuma ilusi pencahayaan tapi Hana sanggup merelakan diri ditipu dan diperdayakan oleh gambar tersebut. Mungkin juga kerana fungsinya? 







Harganya pula RM85 tapi di Shopee, harganya cuma RM49. Lepas tolak coin, hasil peraman Shake dan Catch Shopee sempena 9.9 tempohari, lagi murah jadinya. 

Lagi menarik, Hana dapat cashback sebanyak RM0.32. Cuba bayangkan kalau Hana beli lagi banyak barang, mesti lagi banyak cashback dapat, kan? 

Menarikkan? Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Kalau korang memang suka sangat buat belian atas talian, masa nilah korang kena daftar akaun dengan ShopBack. Biar setiap pembelian atas talian korang ada pulangannya. 

Korang boleh daftar guna link [SINI] sebab nanti korang boleh dapat RM5 untuk pendaftaran korang. Best kan?

p/s: Hana tengah tunggu barang yang Hana pesan ni sampai. Tak sabar rasanya nak gunakannya. Semoga barang tu selamat sampai tanpa ada cacat cela. Malaslah nak tunggu refund kalau ada isu. He~

Sunday, September 29, 2019

TRIP KOREA | Persiapan Ke Korea #1

Fuh! Fuh! [Baca: Tiup Habuk] Annyeonghaseyo!

Lama rasanya Hana tak kemaskini blog istimewa ni, berhabuk dah dibuatnya. Almaklumlah, kekangan idea dan kesibukan masa sikit. Insya-Allah, Hana akan lebih kerap buat hantaran selepas ni. Doakan Hana ya. ^^

Baru-baru ni, Hana dan kawan Hana ke Korea Tourism Organization (KTO) yang terletak di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Memandangkan Hana akan ke sana bulan October ni, waktu inilah paling sesuai untuk pergi tebus buku kupon diskaun tu. 

Sebelum pergi ke sana, pastikan korang semua rujuk laman web atau Facebook KTO. KTO tidak beroperasi pada Cuti Umum. Jadi, janganlah ke sana waktu cuti umum ya. Penat kaki tu melangkah. 

Sumber: Google


KTO ni memang antara tempat wajib korang kena pergi kalau korang nak melawat dan melancong ke Korea. Ini adalah kerana KTO menyediakan banyak maklumat yang korang semua kena tahu sebelum terbang ke sana. Yelah, bukan senang kita dapat ke Korea. Jadi, kita nak kena buat persediaan selengkapnya untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar.

Sebelum korang semua ke KTO, pastikan korang isi survey dekat [SINI]. Lepas isi survey ini, korang boleh tebus kupon diskaun untuk sesetengah tempat di Korea terutamanya di Seoul. Dapatlah murah sikit kan! Yang penting, boleh dapat Kad T-Money percuma. Cuma tinggal nak re-load duit sahaja.  

Buku Kupon yang sudah ditebus


[Info] Hanya orang Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sahaja yang boleh tebus buku kupon diskaun ni tau. KTO Malaysia untuk Malaysian.


Nak pergi KTO ni sangat senang. Korang boleh terus pergi dengan menaiki kereta atau kalau korang nak elakkan jem, naiklah pengangkutan awam. Masa Hana pergi, Hana turun dekat Dang Wangi. Kena jalan dalam 10 minit untuk sampai ke KTO. Dalam perjalanan tu, baru tahu KTO lagi dekat kalau naik monorel Bukit Nenas. Makna kata, turunlah di Bukit Nenas kalau korang nak ke Menara Hap Seng menggunakan pengangkutan awam.

Sampai KTO, kitorang terus pergi kaunter pendaftaran/pertanyaan untuk tebus buku kupon diskaun. Korang cuma perlu sediakan nombor survey (lepas isi survey atas talian, akan dapat satu email untuk nombor survey). Simpan dalam telefon pintar korang. Tak perlu rajin sangat pergi mencetak sebab pihak KTO takkan simpan sebarang salinan. Be paperless. 

Ramai yang datang untuk tebus buku kupon dan bertanya

Usai sahaja kitorang tebus buku kupon diskaun, kitorang jalan-jalan dalam KTO. Ada banyak sudut info yang kitorang jumpa, antara sudut yang ada adalah sudut mencuba hanbok. Semua hanbok yang ada di situ sangat cantik tapi kami tak cuba pun, segan sebab masa tu ramai sangat pengunjung KTO.
 

Tak perasan dekat siling KTO ada artwork ni

Bila dah perasan, sibuk nak asyik tangkap gambar di sini.

Sementara menunggu waktu berlalu, kita membaca dulu

Sudut Ilmu

Korea, Kami datang

Selesai sesi penebusan dan sesi bergambar, tibalah masa untuk kami pergi membeli-belah pulak. Nak kena pergi cari trench coat ataupun winter coat memandangkan masa Hana ke Korea, musim luruh. Kata orang yang pernah pergi ke sana, kena ada sekurang-kurangnya satu winter coat atau trench coat. Jadi, inilah pilihan ku. 

Cuba teka berapa harganya? Hana beli dekat Bandoru Store Batu Tiga Shah Alam. Murah sangat. Cuma RM70 - preloved. Bukan coat ni je murah tau, semua yang ada dekat Bandoru ni murah-murah. Berbaloi sangat untuk kita beli memandangkan kita ni jarang ke negara bermusim. Nanti lepas balik dari Korea, boleh jual preloved semula. Jimat. 

Pilihanku

Alhamdulillah. Tebus buku kupon pun sudah. Membeli-belah pun sudah. Tinggal nak kemas luggage untuk ke sana je. I'm so nervous. 

Okeylah. Panjang sangat dah hantaran kali ni. Nanti Hana sambung lagi. Terima kasih sudi baca hantaran panjang ni. 

Wednesday, September 18, 2019

[GW] GHOSTWRITER! Apa tu #GhostWriter? .

Cik Dayah tahu ramai yang tertanya-tanya, ade ke orang yang perlukan khidmat #ghoswriter ni dekat Malaysia? Siapa je yang nak guna khidmat #ghostwriter ni?

Secara amnya, ada lima kumpulan yang kerap menggunakan perkhidmatan penulis hantu ini iaitu:

1. Orang bisnes
2. Selebriti
3. Ahli politik
4. Pakar bidang dan ilmuan
5. Organisasi

Kebiasaannya, mereka mempunyai bahan dan maklumat tetapi mereka tidak mempunyai masa untuk menulis. Mereka juga kurang mahir menyusun maklumat kepada ayat yang mudah untuk dibaca.

Sekiranya kita boleh menulis, membaca dan menyusun ayat, itu modal pertama menjadi #ghostwriter.

Jom sertai KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR UPAHMENULIS.COM untuk tahu banyak info termasuklah:


1. Cara menjadi #GhostWriter
2. Macam mana nak pasarkan diri anda pada orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawarkan
3. Sebut harga untuk setiap khidmat yang kita tawarkan
4. Dan macam-macam lagi.






Klik [sini] untuk lebih maklumat tentang KELAS ONLINE GHOSWRITER.



✔️Follow Facebook Cik Dayah di Hidayah Maaris dan set 'SEE FIRST' supaya tak tertinggal info, ilmu dan tips yang lebih mahal.